Pastikan dekat dengan kawasan dilawati, jimatkan belanja

JIKA tiket percutian sudah di tangan, langkah seterusnya yang perlu disiapkan segera adalah tempat penginapan.

Hotel dan resort sesuai amat penting kerana ia memberi kenikmatan bercuti yang sempurna.

Namun, bagi sesetengah orang, urusan penginapan boleh menjadi perkara nombor dua.

Bagi mereka, bercuti adalah menjelajah tempat yang dituju sepuas-puasnya dan hotel hanya untuk bermalam.

Justeru, kini terdapat pelbagai jenis hotel tumbuh bagaikan cendawan menawarkan penginapan selesa dengan harga yang berpatutan seperti contoh hotel bajet,

Hotelhotel seperti ini biasanya banyak di destinasi percutian popular seperti Bali, Bangkok dan Singapura.

Dengan harga ditawarkan, pasti kemudahannya juga tidak secanggih hotel bertaraf lima bintang tetapi dilengkapi kemudahan seperti sarapan pagi, wi-fi bahkan pengangkutan ke pekan atau bandar.

Di samping itu, ada beberapa perkara lain yang boleh di jadikan panduan saat mencari hotel iaitu:

* Cari tempat menginap yang strategik. Ini memudahkan kita berkunjung ke pelbagai tarikan pelancongan di tempat itu terutama jika ia mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang senang didapati seperti stesen bas, LRT dan teksi. Ia turut menjimatkan perbelanjaan.

* Perhatikan taraf bilik diberikan pihak hotel dan bandingkan harga ketika hari kerja atau hujung minggu. Untuk hotelperniagaan, harganya lebih rendah di hujung minggu.

* Tidak salah mencari hotel menawarkan promosi tertentu seperti pakej penginapan tiga malam kemudian memperoleh tambahan penginapan semalam lagi.

Source : Harian Metro – 18 November 2010